Forrest Li merupakan pengasas syarikat Sea Ltd yang juga mempunyai dua buah syarikat terkenal yang bernaung di bawahnya iaitu Shopee dan Garena. Kedua-dua buah syarikat tersebut mempamerkan peningkatan saham yang memberangsangkan dan kini secara rasminya telah menjadi individu yang paling kaya di Singapura.

Sedikit maklumat latar belakang beliau, Forrest Li Xiaodong telah dilahirkan pada 1977 di China dan kemudiannya berpindah ke Singapura. Berdasarkan rekod terkini, Li dikhabarkan mempunyai kekayaan yang bernilai $19.8 bilion (~RM82.2 bilion).

vocket-tech-news-shopeef-2
Sumber Gambar: Forbes

Sea Ltd merupakan syarikat teknologi yang paling bernilai di rantau Asia Tenggara pada saat ini dan kini dilihat sudah mengorak langkah untuk menceburi industri Fintech menerusi pengenalan Sea Money dalam menawarkan perkhidmatan kewangan digital.

Di Malaysia sahaja, Shopee sudah dalam perancangan mengembangkan cabang bisnes Shopee dengan servis penghantaran makanan yang dikenali sebagai Shopee Food dan turut menawarkan ShopeePay sebagai medium pembayaran.

Melihat daripada perkembangan terkini, kita boleh menjangka nilai kekayaan Forrest Li akan terus meningkat oleh kerana servis yang ditawarkan bakal digunakan oleh orang ramai pada masa kelak.

Tahukah anda Shopee pernah memperkenalkan kad kredit visa dengan kerjasama bersama Maybank yang menawarkan pelbagai manfaat menerusi platformnya.

https://www.thevocket.com/shopee-perkenalkan-kad-kredit-visa-dengan-kerjasama-bersama-maybank/

https://www.thevocket.com/kerana-cristiano-ronaldo-jualan-shopee-9-9-super-shopping-day-meningkat-3-kali-ganda/

Sumber